BIODATA SHARIF MASAHOR
Nama beliau ialah Sharif Masahor atau nama penuh beliau adalah Sayyid Mashhur bin Muhammad Al-Shahab. Beliau terkenali sebagai seorang pahlawan melayu yang terkenal yang berketurunan Hadhram di Sarikei, Sarawak, Kuching, Malaysia pada masa era Raja Brooke di negeri tersebut. Beliau merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban dan Melanau. Beliau telah dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Pengenalan pentadbiran baru oleh James Brooke menerima tentangan daripada pembesar-pembesar Sarawak. Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran atau Syarif Masahor tumbuh membesar sebagai seorang yang berpegang teguh pada agama. Beliau sangat dikenali sebagai ‘guru ngaji’ yang mendalam ilmu agamanya, wara’, tawadu’ sehinggakan masyarakat setempat mengkagumi beliau. Setelah mencapai usia matang, beliau diberi kepercayaan oleh abahnya untuk melakukan perjalanan sekaligus menjalankan dakwah di kawasan sekitar Igan, dan beliau sangat dikenali sebagai pendakwah yang mengislamkam Kampung Tengah, di Igan. Kerana ketokohan beliau sebagai pemimpin masyarakat, Kerajaan Brunei di bawah pemerintahan Sultan Abdul Mu’mein telah memberi kepercayaan untuknya menjadi Wakil Sultan di Daerah Sarikei kawasan Sungai Rajang pada tahun 1849. Beliau sangat berpengaruh dikalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang. Syarif Masahor terkesan dengan perjuangan Syarif Sahab, Syarif Mullah, Syarif Jaafar dan beberapa Syarif yang lain yang berlaku lebih awal, serta kemarahan atas kebiadapan penjajah Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang ditadbirnya menjadi titik tolak kemaraan perjuangan beliau.
Video sejarah Sharif Masahor
PENENTANGAN SHARIF MASAHOR DI SARAWAK
Pada tahun 1853, James Brooke mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan kekuasaannya dan membina sebuah kubu di Kanowit. Tindakan Brooke ini menggugat kedudukan Syarif Masahor. Beliau kemudiannya membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Gapur untuk mengusir Brooke dari Sarawak. Penentangan Syarif Masahor terhadap pemerintahan James Brooke juga disebabkan pembatasan kuasa dan haknya. Syarif Masahor juga ingin mengembalikan kekuasaan Sultan Brunei yang semakin kehilangan wilayah kerana diambil oleh keluarga Brooke. Pada tahun 1855, berlaku pertempuran Antara Syarif Masahor dan sekutu Brooke (Pengiran Matussin). Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Syarif Masahor bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus menyerang Bandar Mukah. Angkatan perang Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin. Bagaimanapun, serangan nasionalis Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang menyokong Brooke menyebabkan bangsa asing itu bertindak balas.
Khuatir kemungkinan penentangan Syarif Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk menjajah serta memerintah Sarawak, Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan mereka. Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Sharif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir bangsa asing itu dari bumi Sarawak demi membela tanah air tercinta.
Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada seorang lagi pembesar Sarawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur memang berdendam dengan penjajah itu maka lantaran Brooke sudah menjajah wilayah pemerintahannya sebelum itu. Seterusnya mereka mula merancangkan strategi bagi menjayakan hasrat mereka umtuk memerdekakan bumi Sarawak daripada penjajahan bangsa asing itu. Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel.
Pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles Fox, terbunuh. Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Serawak. Takut mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula meninggalkan Sarawak. Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.
Pada Julai 1859, Masahor dan tenteranya menyerang pos luar Brooke berhampiran Bukit Rejang di Kanowit. Semasa serangan ini, pegawai Charles Fox dan Henry Steele dibunuh oleh orang Melanau yang dipimpin oleh Sawing dan Sakalai. Ini menyebabkan pihak British di seluruh Kuching meradang diikuti pemberontakan oleh kaum Cina. Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Sharif Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.
Pada awal 1860, Masahor memerintahkan Temenggung Hayim Jalil dari Brunei untuk pergi ke Pontianak, Indonesia untuk pertemuan dengan Abdul Gapur. Pada awal Februari 1860 mereka melancarkan serangan ke atas Kuching menurut dirancangan oleh Masahor. Masahor dan tenteranya ingin mara ke Kuching melalui Sungai Sarawak. Dalam pertempuran yang terjadi, pihak British mendapat kejayaan apabila Charles Brooke berjaya menyerang dan memusnahkan kesemua kapal Masahor. Berhadapan dengan kekalahan, Masahor berundur ke Brunei, akan tetapi atas desakan Brooke, sultan Brunei memerintah supaya Sharif Masahor dihantar ke Selangor. Sharif Masahor iaitu bekas Gabenor Sarikei telah dibuang ke Singapura pada dekad 1850-an dan meninggal dunia di Kerling, Selangor pada tahun 1890 dan dikebumikan di situ.
Kesimpulan
Perjuangan sucinya bagi membela tanah air gagal, namun roh dan semangat juanganya tidak pernah luntur dari ingatan masyarakat sarawak. Sharif masahor meninggal dunia di Kerling, Selangor pada tahun 1890 seperti tercatat di manuskrip lama simpanan keluarganya. Beliau dimakankan bersama para kerabat Sultan Johor sebagai tanda menghormati ketokohan beliau. Bagaimana pun, semangat dan jasa perjuangan beliau terus dikekal diingati melewati masa dan namanya terus dipahat dalam sejarah tanah air sebagai pejuangan kemerdekaan menentang penjajah.
Kesimpulan
Perjuangan sucinya bagi membela tanah air gagal, namun roh dan semangat juanganya tidak pernah luntur dari ingatan masyarakat sarawak. Sharif masahor meninggal dunia di Kerling, Selangor pada tahun 1890 seperti tercatat di manuskrip lama simpanan keluarganya. Beliau dimakankan bersama para kerabat Sultan Johor sebagai tanda menghormati ketokohan beliau. Bagaimana pun, semangat dan jasa perjuangan beliau terus dikekal diingati melewati masa dan namanya terus dipahat dalam sejarah tanah air sebagai pejuangan kemerdekaan menentang penjajah.
untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari website ini: http://learnmelanau.nativeglot.com/2011/02/sharif-masahor-melanau-knight-of.html
sumber daripada:
https://www.youtube.com/watch?v=EL_u-5jMydY (video)
wikipedia sejarah Sharif Masahor
http://sejarahmelayusarawak.blogspot.my/2015/03/penentangan-syarif-masahor-di-sarawak.html
http://borneohistory57.blogspot.my/2017/11/syarif-abu-bakar-masyhor-bin-abu-bakar.html
http://learnmelanau.nativeglot.com/2011/02/sharif-masahor-melanau-knight-of.html
Disediakan oleh:
1.Michelle (DEE1B) (05DEE17F2009)
2.Faridah (DEE1B) (05DEE17F2019)
Pensyarah: Puan Fatin Faqeriah Hamsah